• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Termasuk 3 Polis Ditahan Lindungi Pendatang Haram

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis antara lapan orang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat menerima rasuah bagi melindungi pendatang asing tanpa izin dalam beberapa operasi di Sarawak dan Johor.

Sumber memberitahu bahawa SPRM menahan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP), seorang anggota polis berpangkat Koperal dan lima pengusaha syarikat dalam beberapa operasi di Sibu, Miri dan Kuching di Sarawak dari 11 pagi hingga 2.45 petang tadi.

“Pengusaha-pengusaha ini dipercayai telah merasuah pegawai penguat kuasa untuk melindungi pekerja warga asing mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

“Mereka cuba merasuah pegawai polis, Imigresen dan penguat kuasa dari jabatan lain jika syarikat atau kilang mereka diserbu,” kata sumber itu kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pegawai dan anggota polis yang ditahan itu dipercayai menerima wang rasuah daripada pengusaha syarikat berkenaan supaya tidak mengambil tindakan terhadap warga-warga asing berkenaan.

Dalam operasi sama di Johor, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja sah di kilang kayu sekitar daerah Kluang.

Sumber itu berkata semua pegawai polis yang ditahan di Sarawak dan Johor akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 manakala suspek lain akan di siasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, katanya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penangkapan itu.

Beliau berkata operasi itu merupakan tangkapan fasa kedua selepas operasi fasa pertama dilancarkan pada 23 Feb lepas di mana seramai 10 warga asing dan seorang warga tempatan ditahan SPRM.

“Seorang warga asing dan warga tempatan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Sarawak hari ini kerana kesalahan menawarkan suapan berjumlah RM500 kepada seorang pegawai Imigresen,” katanya.

Simi menegaskan tindakan sewajarnya akan diambil bagi mengheret mana-mana pegawai dan anggota penguat kuasa yang bersubahat ke muka pengadilan.

“Kemasukan pekerja asing secara haram itu bukan sahaja boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, malah turut menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ditahanpendatang haramSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd