• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teksi & Uber Bekerjasama Guna Aplikasi Sama

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Persatuan dan Syarikat-syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GPST) memulakan kerjasama dengan Uber Malaysia yang menyaksikan penggunaan aplikasi Uber membabitkan teksi gabungan itu secara berperingkat bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Big Blue Taxi Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata memorandum persefahaman bagi kerjasama itu akan ditandatangani esok yang menyaksikan 500 teksi di bawah GPST akan terlibat pada peringkat permulaan.

“Kerjasama itu dilihat satu perubahan positif untuk menyatukan industri teksi dengan Uber Malaysia.

“Operasi Uber Malaysia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), cuma kelulusannya akan diumumkan selepas pembentangan di Parlimen,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya kerjasama itu mampu memberi manfaat kepada pemandu teksi berikutan aplikasi teksi sebelum ini tidak mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai disebabkan kekurangan sokongan.

“Ada aplikasi yang telah dibangunkan khas untuk teksi tempatan namun dilihat tidak berfungsi secara menyeluruh kerana ramai yang tidak tahu akan kewujudannya,” kata Shamsubahrin.

Pada Oktober 2016, seramai 10,000 pemandu teksi bertindak memulangkan semula kenderaan mereka kepada syarikat pemilik permit berikutan perkhidmatan teksi konvensional menghadapai saingan sengit daripada Uber dan Grabcar.

Shamsubahrin juga mencadangkan supaya sistem e-hailing (e-panggilan) dipantau oleh SPAD secara sepenuhnya kerana dilihat gagal memberikan perkhidmatan baik kepada pelanggan dan pemandu teksi.

“Ia mendukacitakan…sistem ada tetapi tempahan tak ada, tak ada pemasaran, ada syarikat uar-uarkan sistem bagus tapi sistem tak jalan,” katanya.

Pada Ogos 2016, SPAD menyarankan semua perkhidmatan teksi menggunakan sistem e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar sebagai inisiatif baharu menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP). – BERNAMA

Tags: Datuk Shamsubahrin IsmailTeksiUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd