• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Kassim Tolak Pertemuan Dengan Zakir Naik

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN hanya pandai memperjuangankan retorik hak asasi manusia namun hakikatnya tidak berani bersemuka dengan kebenaran.

Itu gambaran sesuai yang layak diberikan kepada aktivis liberal, Siti Kassim selepas menolak pelawaan untuk bertemu dengan pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.

Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim enggan bersemuka dengan pendakwah itu selepas Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya cuba mengaturkan pertemuan dengannya.

Kaitan: ‘Saya Tak Kisah Bertemu Dengan Mereka’ – Zakir Naik

Peguam wanita itu dalam status terbaharu di laman Facebook menanggap cadangan pertemuan itu sebagai ‘bodoh’ dan hanya mahu pihak berkenaan berhenti membuang masa.

Siti Kassim Tolak Pertemuan Dengan Zakir Naik

“Mari kita ketepikan cabaran bodoh perbahasan di antara saya dan Dr. Zakir Naik.

“Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak produktif dengan apa yang orang lain fikir mengenai saya, maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya. Jadi berhenti buang masa saya,“ katanya.

Menurutnya, mengapa hanya dia dan Asiah Abdul Jalil yang disebut-sebut untuk berdebat sedangkan, dalam saman tersebut terdapat 19 orang yang mengutarakan perkara sama.

“Fakta bahawa terdapat ‘seekor keldai’ memilih saya dan Asiah amat ketara sekali menggunakan isu gender. Adakah mereka fikir wanita tidak berani berhadapan isu ini.

“Terdapat 19 orang sependapat dalam saman itu dan mereka hanya menyerang dua daripada kami,” kata wanita itu.

Kenyataan Siti Kasim itu dipercayai merujuk kepada tindakan 19 aktivis liberal termasuk dirinya dan Asiah Jalil untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Semalam, Fathul Bari menyifatkan perjuangan Siti Kassim, hanya retorik semata-mata jika dia enggan bertemu Dr. Zakir Naik dan maklum balas kesediaan pendakwah antarabangsa itu untuk berdebat dimuat naik menerusi laman sosial pada Jumaat lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr Fathul BariDr Zakir NaikSiti Kassim
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Perkataan ‘Rabbuka’ Bukan Bermaksud ‘Buka’ Rezeki – Dr. Fathul Bari Tegur Selebriti 

Perkataan ‘Rabbuka’ Bukan Bermaksud ‘Buka’ Rezeki – Dr. Fathul Bari Tegur Selebriti 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Dakwaan seorang selebriti membaca ayat suci 'alam tara kaifa fa'ala rabbuka' boleh membuka rezeki mendapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd