• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rogol Bekas Rakan Sekolah, Pemuda Dipenjara 8 Tahun

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pemuda berusia 23 tahun dijatuhi ukuman penjara lapan tahun dan tiga kali sebatan selepas didapati bersalah merogol bekas rakan sekolahnya lima tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Seri Zakaria Sam membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan Wan Ahmed Qayyum Abdul Aziz bagi kesalahan itu dan menggantikannya dengan sabitan.

Hakim Zakaria, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim, memutuskan bahawa rayuan pihak pendakwaan mempunyai merit.

Wan Ahmed Qayyum, yang baru menamatkan pengajian dalam bidang elektrik, dituduh merogol gadis itu, yang ketika itu berusia 13 tahun, di belakang tepi longkang di Taman Angsana Mantin, Nilai, Negeri Sembilan pada 1.20 pagi, 26 Ogos 2012.

Dia dilepaskan dan dibebaskan daripada kesalahan itu oleh Mahkamah Sesyen pada 18 April 2015 dan Mahkamah Tinggi mengekalkan pembebasannya pada 9 Mac tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Faizah Mohd Salleh berhujah bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam memutuskan pihak pendakwaan gagal menyediakan elemen penetrasi.

Beliau berkata mangsa berasa amat yakin bahawa berlakunya penetrasi dalam kejadian itu.

Menurutnya Wan Ahmed Qayyum telah mengambil kesempatan dengan merogol gadis itu, yang menganggap dia sebagai abang angkatnya.

Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan keterangan Wan Ahmed Qayyum bahawa dia memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa adalah boleh dipercayai dan tidak ada bukti sokongan yang menunjukkan mangsa dirogol.

Azizul Shariman Mat Yusof, peguam Wan Ahmed Qayyum, sebaliknya berhujah bahawa mangsa tidak boleh dipercayai kerana dia memberi tiga versi mengenai kejadian itu.

Beliau berkata perbuatan itu dilakukan secara rela oleh kedua-duanya dan anak guamnya tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mangsa yang meminta Wan Ahmed Qayyum bertemu dengannya di tempat itu. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd