• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Tadbir Minta Habuan Seks Dihadapkan Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR (Kedah) – Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.

Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 Nov lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 Nov lalu di Hotel Royale Jalan Putra di sini kira-kira pukul 2.45 petang.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh, yang diwakili peguam Amir Faliq Mohd Jamil, mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Hakim Azhar Mokhtar menetapkan 30 Dis ini untuk sebutan semula kes dan penyediaan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd