• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Sakit Mental Melecur 90% Bakar Diri Sendiri

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki yang pernah menjalani rawatan sakit mental melecur 90 peratus selepas dipercayai membakar dirinya sendiri berhampiran sebuah taman permainan di Taman Bukit Indah, di sini semalam, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Supt Noor Hashim Mohamad berkata kejadian itu dilaporkan oleh orang awam kepada polis pada kira-kira 5.30 petang.

“Lelaki berusia 30-an itu dijumpai terbaring dengan kesan lecur 90 peratus di anggota badan ekoran hanya memakai seluar pendek. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis menemukan satu botol plastik mengandungi petrol di tempat kejadian yang dipercayai digunakan lelaki itu untuk membakar dirinya.

Katanya seorang lelaki berusia 70-an tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan mengaku mangsa adalah anaknya dan pernah dirawat sebagai pesakit mental.

Beliau berkata bagaimanapun polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca lelaki itu terbakar dan melecur.

Dalam pada itu, Noor Hashim berkata polis menahan seorang lelaki pada Ahad lalu kerana disyaki terlibat aktiviti mencuri lori.

Suspek berusia 22 tahun itu ditahan pada 4.45 petang selepas polis menyedari kewujudan sebuah lori yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan Bandar Baru Kangkar Pulai, katanya.

Semakan mendapati lori itu pernah dilaporkan hilang di kawasan Taman Pulai Flora, Kangkar Pulai dan berikutan itu polis membuat pemerhatian dan suspek berjaya ditangkap ketika cuba membuka pintu belakang lori berkenaan, katanya.

Beliau berkata polis turut merampas sebuah motosikal dinaiki suspek, sebilah parang, wang tunai RM180 serta beberapa peralatan untuk mencuri.

Suspek kini direman lima hari hingga 8 Mac ini bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: melecurPesakit Mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

19/11/2024
0

Iskandar Puteri : Lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental ditahan selepas didapati menyerang dan memukul dua anggota polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd