• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian DNA Sah Ibu Adam

oleh Ahmad Albab
06/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap wanita berusia 37 tahun yang mengaku ibu kandung kepada Muhammad Adam yang ditinggalkan dalam rumah di Kampung Parit Buluh di sini, adalah positif.

Difahamkan, ujian DNA itu dilakukan selepas menerima laporan polis wanita terbabit mendakwa ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan daif dan kelaparan selepas ditinggalkan dalam bilik kotor di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, wanita itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, pada 7 Januari lalu, susulan pendedahan akhbar mengenai penemuan kanak-kanak itu.

Menurutnya, wanita itu bekerja di sebuah pusat rawatan dan kecantikan di Seremban, mendakwa menyerah anaknya kepada rakannya untuk jagaan sementara dengan bayaran RM600 sebulan.

“Berikutan pengakuan itu, kami mengambil sampel darah wanita itu dan kanak-kanak terbabit untuk menjalankan ujian DNA. Hasil keputusan yang diperoleh mendapati positif.

“Namun, kanak-kanak terbabit diletakkan dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro melaporkan seorang wanita berusia 36 tahun dipercayai ibu kandung Muhammad Adam ditahan polis selepas penduduk kampung dan polis menemui kanak-kanak terbabit ditinggalkan dalam rumah berkenaan sendirian, jam 12.45 tengah malam, 6 Januari lalu.

Bagaimanapun, soal siasat dilakukan mendedahkan wanita terbabit cuma penjaga yang diberi upah oleh rakannya untuk menjaga kanak-kanak terbabit, beberapa bulan sebelum itu.

Malah, penemuan sijil lahir oleh seorang daripada anak suspek menguatkan lagi dakwaan suspek bukan ibu kanak-kanak itu, tetapi perbuatannya meninggalkan mangsa membolehkan pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 33(1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001. – myMetro Online

Tags: DNAkanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd