• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Budak Ludah Penumpang Bas Berkali-Kali

oleh AK-47
05/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI seorang kanak-kanak berkelakuan kurang sopan dengan meludah dua penumpang wanita dalam sebuah bas ekspres baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 45 saat, kanak-kanak lelaki itu pada mulanya dilihat berdiri dan menghadap dua penumpang wanita muda yang berada di belakangnya.

Namun, mungkin kerana ingin bermain, kanak-kanak itu kemudian cuba menarik kain langsir di tempat duduk kedua wanita itu, lalu meludah ke arah mereka.

Bagaimanapun, penumpang berkenaan menghalangnya berbuat demikian menyebabkan kanak-kanak terbabit meludah mereka sebanyak 14 kali.

Kedua-dua wanita itu kemudian cuba melindungi diri menggunakan langsir dan tangan daripada terkena air ludahan sebelum salah seorangnya cuba memaklumkan kepada individu yang duduk di sebelah kanak-kanak itu dipercayai ibu bapanya, agar menegur perbuatan anaknya.

Tindakan kanak-kanak itu nyata mengundang reaksi negatif warga maya dengan menyarankan agar penjaganya menghalang perbuatan biadap kanak-kanak itu.

“Ini kalau kena dekat aku, memang aku tampar mulut budak ini, dengan mak-mak dia aku tampar sekali. Eh bodoh, kalau tak tahu macam mana nak jaga anak, tak payah buat anak,” tulis Radiatul Adawiyah.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa memang kebiasaan bagi budak-budak untuk berperangai seperti itu dan menyarankan dua penumpang wanita itu sepatutnya mengadu pada ibu kanak-kanak berkenaan.

“Dalam video ini, kakak dua orang itu penyabar kot, sebab itu dia tak marah, dia senyum sahaja. Korang marah budak-budak macam korang tak pernah jadi budak,“ kata Ieeja Pinky.

Bagi Pejal Ibrahim pula, “Jangan salahkan budak itu. Salahkan orang tua dia. Kau nak tampar dan sepak budak itu buat apa? Budak bawah umur 6 tahun, apa dia tahu? Dia tahu nak bermain saja.

“Pesan pada ibu bapa dia. Kalau tak dengar, maknanya parentnya yang bermasalah. Itu saja,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu-bapakanak-kanakmeludah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd