• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbabas

oleh Ahmad Albab
06/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki rentung selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berdekatan bangunan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Batu Uban, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Oh Chun Guan, 25, beralamat di Lorong Amoy, di sini maut selepas terperangkap di dalam keretanya yang terbakar akibat melanggar pokok di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mangsa memandu seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke susur keluar Jambatan Pulau Pinang sebelum terbabas.

“Kereta yang dipandu mangsa dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh pokok mengakibatkan kereta jenis Proton Saga itu terbakar. Mangsa cuba menyelamatkan diri, bagaimanapun terperangkap ketika api sedang marak membakar keretanya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Zulkifli Ramli berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memadamkan kebakaran kereta mangsa.

“Ketika kami sampai di tempat kejadian kami dapati kebakaran melibatkan kereta Proton Saga yang terbakar keseluruhan 100 peratus dan terdapat seorang mangsa telah rentung berada di dalam kereta itu. Operasi terkawal dan padam sepenuhnya pada pukul 8.05 pagi,” katanya.

Seorang saksi, Mohd Azhar Ridzuan, 32, berkata semasa kejadian beliau sedang menunggang motosikal dan baru balik daripada kerja di Bayan Lepas sebelum berhenti untuk membantu mangsa.

“Saya dan beberapa pengguna jalan raya yang lain cuba membantu dengan mengetuk tingkap dan membuka pintu kereta tetapi semuanya terkunci dan tiba-tiba bunyi letupan sebelum api marak serta kami terpaksa menyelamatkan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautrentung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd