• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Felda United Kembali Cemerlang – Jurulatih

oleh Ahmad Albab
05/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Felda United kini kembali ke tahap sebenar untuk membawa cabaran dalam Liga Super selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Tun Abdul Razak di sini malam tadi.

Ketua Jurulatihnya, B. Satianathan berkata beliau amat berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang beraksi cemerlang apatah lagi kubu pertahanan mereka tidak dapat dibolosi pihak lawan.

“Pemain dilihat mempunyai keyakinan kembali dan mencapai prestasi serta kecergasan sebagaimana diharapkan.

“Mereka tidak hilang semangat, sepanjang tempoh perlawanan juga kita berjaya menguasai permainan dan beraksi sebagaimana dirancang.

“Apa yang paling penting dan menggembirakan saya ialah gawang kita tidak dapat dibolosi ketika mendahului sehingga perlawanan tamat,” katanya pada sidang media di sini malam tadi.

Satianathan berkata meskipun begitu, masih banyak yang boleh diperbaiki untuk memperkemaskan persembahan The Fighters.

“Kita mengharungi banyak perlawanan kerana terlibat dengan Liga Super, Piala FA dan Piala Konfederasi Asia.

“Saya perlu mengenal pasti pemain muda Felda yang boleh diketengahkan untuk menguatkan pasukan dan merehatkan pemain utama,” katanya.

Beliau yakin keupayaan pemain import Felda United masih boleh ditingkatkan kerana setakat ini persembahan mereka belum mencapai jangkaan yang diharapkan. – BERNAMA

Tags: Felda Unitedjurulatih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

Gangguan Seksual: Polis Akan Panggil Saksi, Jurulatih ‘Dodgeball’

16/07/2023
0

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sebuah...

Jurulatih ‘Miang Keladi’ Sah Letak Jawatan

Jurulatih ‘Miang Keladi’ Sah Letak Jawatan

02/04/2023
0

SHAH ALAM – Jurulatih berbasikal bukit (MTB) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet wanita di bawah kendaliannya disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd