• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,690 Sangkar Kitar Semula Dipasang Di Kedah, Perlis

oleh
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Syarikat Environment Idaman (E-Idaman) Sdn. Bhd., yang berperanan menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam, menyasarkan untuk memasang 1,690 sangkar kitar semula bernilai kira-kira RM2.5 juta di
taman-taman perumahan di negeri ini dan Perlis tahun ini.

Pengurus Besar Operasi E-Idaman, Azmi Amin Sarji berkata sejak Januari lepas, hanya terdapat 60 sangkar yang setiap satunya bernilai RM1,500 telah siap dipasang di kedua-dua negeri tersebut.

Katanya, baki sangkar sebanyak 1,630 unit lagi akan dipasang secara berperingkat sehingga hujung tahun ini bagi membolehkan lebih ramai rakyat terlibat dalam aktiviti kitar semula barangan buangan mereka terutama di
taman-taman perumahan.

“Kita sasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus kadar kitar semula berbanding pada masa kini hanya antara 12 hingga 15 peratus sahaja,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Tong Kitar Semula di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar, Hakim Ariff Md Noor sambil disaksikan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah, Hazahar Hashim.

Tong kitar semula rekaan terbaharu daripada sukarelawan dari Jepun, Kazuya Kanemoto dan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) itu adalah yang pertama dipasang di negeri ini.

Ia juga merupakan tong yang boleh dikunci bagi mengelak barangan yang dibuang orang ramai seperti plastik dan kertas dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, selain taman perumahan, pihaknya turut meletakkan sangkar kitar semula di sekolah-sekolah dan dewan orang ramai dan berharap orang ramai dapat meningkatkan tahap kesedaran tentang amalan kitar semula di kawasan mereka. – BERNAMA

Tags: kebersihanKitar SemulaSangkar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd