• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Saleem Iklim Tiada Niat Raih Populariti

oleh AK-47
03/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANAK kepada penyanyi legenda popular era 1990’an  mengakui tidak menyangka video nyanyian menerusi aplikasi Smule menjadi tular menerusi media sosial.

Ia sekali gus membuatkan dirinya mula menjadi perhatian netizen akhir-akhir ini setelah kisah kehidupannya sebagai anggota bomba didedahkan oleh Mynewshub baru-baru ini.

Baca: Suara Bomba Ini Sebijik Saleem! Rupa-Rupanya…

Menurut Nursyafiq, dia lanfsung tiada niat untuk mencari perhatian ramai sebaliknya hanya menyanyi di Smule sekadar suka-suka.

Anak Saleem Iklim Tiada Niat Raih Populariti

“Saya jadi malu pula sebab bimbang orang kata saya sengaja mencari populariti sedangkan sebelum ini ramai yang menyanyi menggunakan Smule.

“Saya menyanyi sekadar mengisi masa lapang tetapi tidak tahu pula mendapat perhatian orang ramai, itu pun selepas dimaklumkan oleh rakan.

“Saya tiada niat pun nak suruh orang tularkan video nyanyian saya itu sebab ia dilakukan kerana saya memang suka menyanyi,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa yang sama,  jejaka berusia 23 tahun ini menjelaskan, dia juga tidak pernah berhasrat ingin menceburi bidang nyanyian seperti bapanya meskipun memiliki darah seni.

“Saya tak fikir pun nak masuk mana-mana rancangan realiti nyanyian sebab saya menyanyi sekadar suka-suka. Memang tak terfikir nak jadi penyanyi macam ayah,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah Nursyafiq menjadi tular selepas Mynewshub melaporkan dia memiliki suara serak-serak basah persis bapanya.

Kelebihan suara yang dimilikinya lantas membuatkan dia yang bertugas sebagai anggota bomba dan penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Johor itu menjadi perbualan di laman Facebook.

Dalam pada itu, Nursyafiq memberitahu dia ada menyertai sebuah kumpulan muzik terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat dikenali Fire Fingers JDT dan sering membuat persembahan ketika majlis rasmi jabatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BombaNursyafiq FarhainSaleem Iklim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd