• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaat Hubungan Dengan Saudi Bangun Produk Halal

oleh
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia akan memanfaatkan lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia baru-baru ini secara optimum untuk membangunkan produk dan barangan halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang merupakan rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Barat, turut berminat menjalin kerjasama bagi membangunkan ekosistem halal.

“Lawatan rasmi Raja Arab Saudi baru-baru ini dapat dimanfaatkan secara optimum berdasarkan kepada strategi pembangunan ekonomi baharu yang tidak lagi hanya tertumpu kepada sektor minyak dan petroleum semata-mata,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam kenyatan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Halal Malaysia yang pertama bagi tahun ini di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Menurutnya mesyuarat itu antara lain memutuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bertindak sebagai sekretariat tetap kepada Majlis Halal Malaysia bagi memastikan pembangunan, penyelarasan dan pemantauan Dasar Halal Negara dapat dilaksanakan secara holistik.

Ahmad Zahid berkata Bahagian Hab Halal JAKIM yang berfungsi dalam pelaksanaan Pensijilan Halal Malaysia, akan dimantapkan dengan beberapa agensi lain menerusi Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).

Beliau berkata pencapaian piawaian Halal Malaysia di peringkat antarabangsa amat membanggakan sehingga banyak negara menagih khidmat dan kepakaran Malaysia dalam membangunkan ekosistem halal, termasuk Jepun, China, Arab Saudi dan Kemboja.

“Negara besar seperti China turut menagih khidmat nasihat dan kepakaran Halal Malaysia untuk dicanaikan dalam pemetaan halal di China sejak tahun 2014 lagi,” katanya.

Tambahnya pengantarabangsaan sistem Halal Malaysia turut terbukti apabila pada November lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan khidmat kepakaran Malaysia kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam persiapan keperluan makanan halal Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

Ahmad Zahid berkata selain membuka ruang kepada perluasan perniagaan, Halal Malaysia juga mampu menjadi medium perjalanan dakwah global, melalui penyaluran khidmat nasihat dan kepakaran kepada negara-negara luar. – BERNAMA

Tags: Arab Saudiproduk halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd