• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Tambak Tanah Ambil Masa Bina Hospital Kerian

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Projek pembinaan Hospital Kerian di Simpang Lima dekat Parit Buntar tertangguh disebabkan proses penambakan tanah yang mengambil masa untuk memampatkan kawasan itu daripada menjadi mendap, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan fasa pertama dengan melakukan proses penambakan tanah mengikut paras yang ditetapkan dan ia mengambil masa untuk disiapkan sepenuhnya sebelum proses pembinaan hospital itu dapat dilaksanakan.

“Penambakan tanah terutamanya di kawasan sawah perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelak mendapan tanah berlaku setelah hospital itu siap kelak.

“Bayangkan sekiranya tanah sawah yang ditambak seperti biasa, jika berlaku mendapan ia boleh mendatangkan bahaya yang sangat serius kepada kawasan sekitar hospital tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Pengkalan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai sekumpulan penduduk yang melakukan demonstrasi untuk mendesak projek pembinaan hospital baharu daerah Kerian itu disiapkan segera.

Penduduk mendakwa tapak pembinaan projek itu telah dirasmikan sebanyak dua kali iaitu oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali pada 2006 serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 dan sehingga kini pembinaan projek itu terbengkalai atas faktor yang tidak diketahui.

Zambry mengingatkan pihak tertentu supaya tidak menyalurkan maklumat palsu mengenai pembinaan hospital berkenaan yang menyebabkan masyarakat di daerah itu mudah percaya serta terpengaruh apa yang didengari mereka.

“Orang ramai tidak sepatutnya mudah terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang bertindak sebagai kaki kipas dan kaki cucuk kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

“Sepatutnya mereka bertanya kepada pihak kerajaan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan jangan ambil kesempatan dengan mendakwa seolah-olah kerajaan tidak mahu membina hospital tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd