• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bil Air Di Singapura Naik 30% Cetus Kritikan

oleh
03/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Buat julung kali dalam sejarah, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong kena ‘campur tangan’ susulan kritikan ramai terhadap langkah pemerintah menaikkan tarif bil air.

Menerusi catatan dalam akaun Facebook rasmi, pemimpin republik itu terpaksa ‘menyejukkan’ kemarahan rakyat ekoran pengumuman kenaikan bil air sebanyak 30 peratus dengan menyatakan rasional peningkatan tarif itu.

Rakyat Singapura ujar beliau, seharusnya melihat kenaikan harga air “berdasarkan perspektif betul” malahan tarif sepatutnya mesti dinaikkan kerana kos untuk penghasilan air sebenarnya sudah lama meningkat begitu tinggi.

“Kita melabur loji pemprosesan penyulingan air, yang kini lebih murah berbanding dulu tetapi masih mahal. Kita perlu membina lebih banyak loji NeWater,” kata Hsien Loong. Kali terakhir harga air naik ialah pada tahun 1997.

Beliau tuut menarik perhatian bahawa Singapura ialah “salah sebuah negara yang paling terdesak dari segi keperluan bekalan air tawar dirawat” walaupun ia adalah sebuah pulau tropika dan menerima hujan monsun.

“Harga air perlu ditetapkan dengan betul. Barulah, setiap kali kita guna air, rakyat sedar betapa berharganya setitik air itu,” ujar Hsien Loong sambil menyeru pengguna menjimatkan air untuk memastikan bekalan sentiasa cukup.

Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat ketika pembentangan Belanjawan 2017 di Parlimen pada bulan lalu mengumumkan harga tarif air akan dinaikkan 30 peratus dalam dua peringkat sepanjang dua tahun mendatang.

Ini adalah kali pertama sejak 17 tahun apabila harga air disemak semula dan selepas kenaikan itu, pengguna perlu membayar S$2.74 sen (RM8.64) bagi setiap kubik meter atau 1,000 liter air, berbanding S$2.15 (RM6.78) sekarang.

Secara purata, kenaikan itu bakal memberi kesan kepada peniaga makanan kerana kajian menunjukkan setiap gerai di medan selera lazim menggunakan 50 kubik meter air sebulan, dengan perbelanjaan sekitar S$100 (RM315).

Baca: Tarif Bil Air Singapura Bakal Naik Lebih RM6 Elak Bazir

Dengan tarif air yang baharu itu, setiap gerai akan menyaksikan peningkatan bil sekitar S$30 (RM94.55) sebulan. Namun seorang penyelidik tempatan Profesor Ng Yew-Kwang berpendapat, kenaikan sepatutnya lebih tinggi lagi.

“Pada pendapat saya, ia terlalu sedikit. Dari sudut ekonomi secara keseluruhan, ia perlu dinaikkan lebih banyak lagi sekurang-kurangnya 50 peratus atau 100 peratus,” kata profesor ekonomi Universiti Teknologi Nanyang itu.

Yew-Kwang menekankan bahawa harga air tidak pernah naik sejak tahun 2000, tetapi kos untuk penghasilan air pula semakin tinggi, manakala orang ramai sewajarnya membayar lebih untuk mencerminkan realiti perkara itu.

Lembaga Utiliti Awam (PUB), agensi milik pemerintah turut mendedahkan kos operasi sistem air negara naik lebih seganda daripada hanya S$500 juta (RM1.6 bilion) pada 2000 dan kemudian S$1.3 bilion (RM4.1 bilion) pada 2015.

Jumlah itu termasuk kos proses perawatan air, pengendalian takungan air, penghasilan NeWater, penyahgaraman, pengumpulan dan perawatan air yang sudah digunakan serta penyenggaraan rangkaian paip air di seluruh negara.

Menurut PUB, ini termasuk kos seperti penggunaan bahan kimia dan tenaga manusia. Singapura membangunkan sistem bekalan dalam sekitaran bandar yang agak mahal, selain membeli air mentah dari jirannya sendiri, Johor.

Pihak PUB turut melabur sebanyak S$7 bilion (RM22 bilion) dalam pembangunan infrastruktur air dari tahun 2000 hingga 2015. Namun bagi lima tahun lagi, dari 2017 hingga 2021, pelaburannya sekitar S$4 bilion (RM13 bilion).

“Ini bagi memenuhi permintaan yang terus meningkat dan untuk memperkukuhkan daya bingkas sistem air, lebih-lebih lagi mengharungi cabaran akibat perubahan iklim global,” tambah PUB. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Lee Hsien LoongSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd