• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suspek Kes Samun Di Semporna

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Seorang suspek kes samun yang juga mencederakan mangsa seorang lelaki tempatan di Taman Miramas, Semporna awal pagi semalam berjaya di tangkap polis pada petang hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 pagi itu mangsa berusia 27 tahun ditoreh di bahagian perut sewaktu bergelut dengan suspek lelaki, 32, yang cuba memecah masuk bilik mangsa.

“Suspek juga sempat menolak mangsa sehingga jatuh dari tangga tingkat atas sehingga ke bawah sebelum melarikan diri…mangsa juga merasakan sempat menikam suspek tetapi tidak pasti di bahagian mana,” katanya.

Peter berkata mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemukan kesan pecah rumah atau barang yang hilang.

Bagaimana pun, susulan siasatan ke atas seorang saksi yang ternampak kelibar suspek melarikan diri menggunakan sebuah kereta Perodua Kancil, membawa kepada penahanan suspek kira-kira pukul 1.20 tengah hari di pekan Semporna.

Peter berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

Penganggur Cuba Samun Juruteknik Di Dakwa Di Mahkamah

13/08/2024
0

Shah Alam : Seorang penganggur yang sebelum ini tular di media sosial terbabit cubaan samun juruteknik di sebuah stesen minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd