• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dijamin Bebas Jerebu Teruk Tahun Ini

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mengikut indikasi cuaca, corak angin serta tindakan yang dirangka dalam memadam kebakaran hutan, Malaysia dijamin bebas daripada dilanda jerebu rentas sempadan tahun ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan fenomena El Nino dan La Nina yang membawa hujan dan kepanasan melampau tidak akan berlaku tahun ini, dibantu keadaan neutral di Lautan Hindi yang akan berterusan sehingga akhir tahun.

“MetMalaysia juga melaporkan bahawa tiada perkara (cuaca) yang abnormal akan berlaku sebagaimana terjadi pada 2014 dan 2015, yang dilihat antara pendorong berlakunya jerebu.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga akan mengambil tindakan drastik menghalang masyarakat melakukan pembakaran terbuka bermula bulan depan kerana tidakan itu boleh menyebabkan situasi jerebu berkelompok terjadi seperti yang berlaku di Baram, Sarawak sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan di sini hari ini yang turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Dr Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga telah membina telaga air tanah di 67 kawasan kering yang berisiko terbakar selain pembinaan ‘check dam’ atau sekatan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menghalang kebakaran di tanah gambut.

Wan Junaidi berkata keyakinan Malaysia bebas jerebu juga berdasarkan tindakan efisien pihak berkuasa Indonesia dalam mendepani cabaran itu, antaranya menambah bilangan helikopter yang boleh melakukan operasi bom air.

Katanya Indonesia juga telah menubuhkan pasukan petugas khas yang akan bertindak mencari dan memadam segera kebakaran yang berlaku di kawasan-kawasan sering berlaku kebakaran hutan seperti di Kalimantan.

Malaysia juga komited menawarkan pesawat Bombardier untuk digunakan dalam operasi memadam kebakaran, katanya.

Pesawat jenis Bombardier CL 415 MP milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang boleh membawa sehingga 3,000 liter air setiap enam saat itu pernah digunakan dalam operasi memadam kebakaran hutan di Indonesia pada 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd