• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpulang Kepada Pengurusan KFA Untuk Buat Bantahan

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyerahkan sepenuhnya kepada pengurusan KFA untuk membuat keputusan sama ada mahu membantah jaringan gol yang diperoleh Selangor dalam aksi Liga Super, semalam.

Ahmad Bashah berkata walaupun terdapat pandangan daripada beberapa bekas pengadil yang mengatakan jaringan tersebut tidak sah, beliau memilih agar perkara itu diputuskan sendiri oleh pengurusan KFA.

“Di atas padang, yang berkuasa menentukan batal atau tidak jaringan adalah pengadil, dan bekas pengadil yang menyaksikan perlawanan tersebut mempunyai pandangan mereka sendiri.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada KFA sama ada mahu membawa perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atau sebaliknya. Jika mereka merasakan jaringan itu batal dan perlu dibuat bantahan, mereka patut lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pesakit Tibi sempena sambutan Hari Tibi Sedunia 2017 di Hospital Alor Setar hari ini.

Pada aksi di Stadium Selayang, semalam, Selangor memusnahkan harapan Kedah untuk kembali ke kedudukan teratas Liga Super apabila menjaringkan gol penyamaan pada penghujung permainan, sekali gus mengikat skuad Lang Merah dengan keputusan 1-1.

Kontroversi timbul apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti pada penghujung permainan selepas pemain tengah Kedah, Muhammad Akram Mahinan dikatakan mengasari Muhammad Syahmi Safari dalam kotak penalti. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipahbola sepakKedahKFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd