• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sekatan Perniagaan Dengan Korea Utara

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sekatan perdagangan dikenakan ke atas syarikat Malaysia yang mahu menjalankan perniagaan dengan syarikat Korea Utara atau di negara ini meskipun kejadian pembunuhan Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) baru-baru ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan kerana ia terserah sepenuhnya kepada syarikat swasta.

“Malaysia bukan sebuah ekonomi negara dan (perdagangan dengan Korea Utara) dipacu oleh sektor swasta.

“Saya percaya tidak banyak syarikat swasta Malaysia yang beroperasi di Korea Utara.

“Jadi, kita serahkannya kepada mereka (syarikat Malaysia) untuk membuat penilaian mereka sendiri bagi risiko dan peluang,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2016, di sini, hari ini.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Korea Utara pada 2016 turun kepada RM18 juta daripada RM22 juta pada 2015. Perdagangan kebanyakannya dalam barangan komoditi.

Ditanya sama ada kes Kim Jong Nam baru-baru ini akan memberi impak kepada perdagangan dua hala Malaysia-Korea Utara pada masa depan, Mustapa berkata kesannya dijangka tidak ketara.

“Perdagangan antara Malaysia dan Korea Utara adalah kecil tidak seperti Korea Selatan yang besar.

“Hampir tidak ada sebarang pelaburan dari Korea Utara, jadi hubungan ekonomi kita dengan Korea Utara tidak begitu penting.

“Dari sudut pandangan itu, ia sepatutnya tidak membawa sebarang kesan menyeluruh kepada hubungan ekonomi Malaysia-Korea Utara,” katanya.

Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh oleh dua wanita yang menyimbah bahan kimia ke mukanya di balai perlepasan klia 2 pada 13 Feb. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedKim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Prank’ Ubah Perjalanan Hidup Siti Aisyah

30/09/2019
0

JAKARTA - "Saya tidak tahu apa yang telah saya lakukan. Mereka berjanji akan menjadikan saya seorang bintang. "Saya berasa bodoh...

Kim Jong-nam Sumber Maklumat CIA

11/06/2019
0

WASHINGTON – Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang dibunuh di Malaysia pada tahun 2017 adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd