• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gentleman! Hans Isaac Jawab Fitnah Tunang Curang

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASCA pengakuan tuduhan curang bekas oleh teman lelaki bakal isteri aktor dan penerbit Datuk Hans Isaac, lelaki berusia 46 tahun itu telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi meredakan ketengangan yang timbul.

Melalui pesanan WhatsApp yang dikirim oleh Ketua Perhubungan Awam syarikat produksi Hans iaitu Tall Order Sdn. Bhd, Sue Hussin, Hans menyatakan pendapatnya tentang kemelut yang berlaku itu:

“Kehadapan Semua Rakan Media,

Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada anda semua kerana sudi memahami situasi yang amat dikesali ini.

Merujuk kepada perkara yang sedang kami hadapi, saya ingin menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan perhubungan dan pertunangan saya dengan Gabriella. Perkara ini amat sukar untuk ditelan kerana kami amat teruja untuk berkongsi kegembiraan tentang pertunangan kami dengan pihak media dan para peminat.

Walaupun begitu, izinkan saya menjelaskan situasi yang keruh ini :

Perhubungan di antara lelaki tersebut dengan Gabriella di masa lalu langsung tidak ada kena-mengena dengan perhubungan saya dan Gabriella sekarang. Kita semua ada sejarah hidup masing-masing yang telah membentuk diri kita hari ini. Saya mengenali dan menerima diri Gabby sepenuhnya sejak perhubungan kami mulai intim. Sebelum ini, saya dan Gabby berkawan selama bertahun-tahun sebelum saya melamarnya pada 29 Januari 2017 di Singapura.

Saya sedar akan kewujudan lelaki yang dikaitkan dengan Gabby itu beberapa bulan sebelum kami mulai intim, selepas mereka memutuskan perhubungan. Saya dan Gabby amat terbuka dan menerima sejarah silam masing-masing dan kami bersetuju untuk menghormati setiap keputusan yang kami lakukan sebelum kami menjadi teman hidup masing-masing.

Tidak ada sebab untuk saya mengambil sebarang tindakan undang-undang sekarang. Namun saya ada mendapatkan khidmat nasihat guaman.”

Ini Dia Robin Coenraad, Bekas BF Tunang Hans Dan...
Robin Coenraad, bekas teman lelaki Gabriella yang menuduh wanita itu curang dalam hubungan mereka semata-mata kerana mahu merebut cinta Hans Isaac.

“Setahu saya, pihak guaman Gabby telah menghantar surat untuk memohon agar pihak lelaki tersebut meminta maaf dan menurunkan kesemua paparan, komen dan gambar peribadi yang melibatkan sejarah silam Gabby di media sosial. Bagi saya, apa yang lelaki tersebut lakukan di Facebook amat memalukan dan bersifat kebudak-budakan dan bukan hanya mencerminkan kecelaan dirinya sendiri malah mempamerkan sifat yang tak patut dicontohi.

Akhir sekali,

Saya dan Gabby tidak sabar untuk bergelar suami isteri pada 29 Julai 2017. Kami amat gembira dan bertuah kerana akan dikelilingi keluarga, rakan-rakan dan semua yang disayangi dalam meraikan perkahwinan kami.

Sekali lagi, saya memohon maaf di atas perkara yang tidak dijangka ini. Jarang sekali saya membuat kenyataan media yang berkaitan dengan kehidupan peribada saya tapi kali ini saya terpaksa demi kesejahteraan semua pihak. Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan doa anda semua. Kita jumpa pada 29 Julai 2017 :)”.

Sebelum ini, dunia hiburan tanah air telah digegarkan dengan pengakuan terbuka seorang lelaki bernama Robin Coenraad yang mengaku ditipu hidup-hidup oleh Gabriella atau Gabby yang menurutnya berlaku curang dalam hubungan mereka.

Dia juga mempertikaikan sama ada Hans tahu akan hubungan Gabby dengannya sebelum mengambil keputusan untuk melamar wanita itu 29 Januari lalu.

Apa-apa pun, Hans berjaya menunjukkan sikap profesional dan gentleman kerana tidak cepat melatah. Inilah baru lelaki idaman, beb!-MYNEWSHUB.CC

Tags: Hans Isaactunang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

23/12/2024
0

MUAR: Dua lelaki masing-masing yang bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin Mei depan, antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah...

Pasangan Tunang Dakwa Dipaksa Polis Lakukan Seks

08/12/2020
0

KOTA BHARU - Seorang gadis bersama tunangannya melalui detik hitam dianiaya dua anggota polis yang didakwa secara melampau memaksa mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd