• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden MCA Sah Keluar Parti

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat bukan lagi ahli MCA selepas lebih 30 tahun berada di dalam parti, menurut laporan daripada portal berita BNBBC pada Khamis.

Laman sesawang berkenaan memetik satu laporan daripada portal tempatan lain yang tidak didedahkan sebagai menyatakan bahawa Tee Keat, 60, mengesahkan perkara tersebut melalui kiriman balasan mesej teks.

Perkara itu pada mulanya didedahkan terlebih dahulu oleh sebuah akhbar harian berbahasa Cina pada Rabu. Menurut laporan berkenaan, bekas Ahli Parlimen Pandan itu keluar parti tersebut berkuat kuasa 2 Januari lalu.

Mantan presiden MCA yang kelapan dari 2008 hingga 2010 itu dilaporkan berkata bahawa beliau merasakan tidak lagi sesuai untuk terus kekal dalam parti berkenaan dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada Tee Kiat yang pernah menjadi kolumnis akhbar Sin Chew Jit Poh dan penulis skrip drama radio Cina RTM itu berkemungkinan mahu pula menyertai parti pembangkang.

Pada Pilihan Raya Umum 2013 lalu, beliau tidak dicalonkan untuk mewakili komponen Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi parlimen Pandan disandangnya sejak 2004 yang kemudian jatuh kepada PKR.

Selain itu, Tee Kiat juga tewas dalam perebutan jawatan Presiden MCA semasa pemilihan semula MCA pada 2013 yang menyaksikan bekas ahli Parlimen Labis, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek menang di sebalik isu skandal seks.

Tee Keat yang dilahirkan di Kuala Lumpur dan juga merupakan seorang jurutera, pernah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat sepanjang menjadi Ahli Parlimen untuk BN serta MCA.

Terdahulu, ada ura-ura menyatakan bahawa beliau yang dikatakan agak rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyertai PKR dan DAP sebagaimana beberapa pemimpin MCA sebelum itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MCAOng Tee Keat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd