• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Dakwa Ada Tangan Ghaib Fitnah Beliau

oleh Ahmad Albab
02/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Apakah undang–undang negara ini sewenang-wenangnya membenarkan aduan dibuat (kepada pihak berkuasa) dan kemudian (aduan itu) diviralkan (ditularkan di media sosial) sehingga pihak tidak bersalah menjadi mangsa fitnah”

Demikian reaksi bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung satu lagi tuduhan salah guna kuasa membabitkan beliau kali ini melibatkan kedudukannya sebagai Pengerusi Yayasan Persahabatan Malaysia (Permai).

Beliau yang merupakan salah seorang calon bagi mengisi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) percaya aduan terbaru yang dibuat kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu mempunyai motif tertentu.

Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan bahawa laporan polis dan SPRM yang dibuat keatasnya berhubung perkara itu telah ditarik balik.

“Apakah ini senjata peras ugut apabila kehendak seseorang atau `taiko’ dibelakangnya tidak ditunaikan atau bila perniagaan seseorang itu tidak menjadi atau apa lagi?

“Apakah perkara membuat aduan palsu/memberi maklumat palsu tidak perlu disiasat? atau tangan ghaib ini cukup berkuasa dan boleh mengatur segalanya mengikut selera mereka.

“Apapun eloklah perkara ini diserah kepada peguam untuk tindakan selanjutnya mengikut jalur undang-undang. “Enough is enough”,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 27 Februari lalu, satu laporan polis yang mendakwa Annuar menyalagunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memperoleh geran kewangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) buat Yayasan Permai ditularkan di media sosial.

Laporan polis itu dipercayai dibuat oleh pengarah pemasaran sebuah syarikat swasta yang dikatakan gagal menjual produk syarikatnya kepada SKMM.

Sebelum ini Annuar dituduh menyalahgunakan kedudukannya sebagai Pengerusi MARA untuk membolehkan Pelaburan Mara Berhad menaja pasukan bola sepak Kelantan iaitu The Red Warriors (TRW).

Annuar dalam pada itu mendakwa telah menghubungi pihak SKMM dan dimaklumkan SKMM tiada memberi projek perisian komputer kepada mana-mana pihak.

“Jadi daripada mana datangnya asas dakwaan penyelewengan ini dengan tuduhan sewenang-wenangnya.Apa motif di sebalik tuduhan ini. Siapa dibelakangnya? Untuk Apa?

“Ternyata ini satu fitnah dan “defamation” yang sengaja dirancang dan sangat serius,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar Musafitnah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd