• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tan Chong Group Catat Pengeluaran 1 Juta Kenderaan

oleh Ahmad Albab
02/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Tan Chong Motor Holdings Bhd (Tan Chong Group), Tan Chong Motor Assemblies Sdn Bhd, mencatat pengeluaran satu juta kenderaan Nissan di negara ini bulan lepas.

Tan Chong Group adalah cabang jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia sejak ia mula beroperasi pada 1957.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), Christopher Tan berkata, kejayaan mencapai sejuta kenderaan itu menunjukkan prestasi, kebolehpercayaan serta kredibiliti Nissan dan kumpulan tersebut.

Sempena sambutan ulang tahun Nissan, beliau berkata, ETCM yang juga anak syarikat milik penuh, akan menganjurkan Kempen Tawaran Hebat Ulang Tahun Ke-60, dengan menawarkan model jualan tertingginya, Nissan Almera 1.5 Automatic, daripada serendah RM600 sebulan.

Ia juga telah melancarkan Kempen Liga Juara-Juara Pesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Nissan Union bagi tahun ketiga berturut-turut, dengan peminat berpeluang memenangi perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir liga tersebut.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.nissan.com.my atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Nissan ETCM di 1-800-88-3838. – BERNAMA

Tags: NissanTan Chong Group
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selipar Boleh ‘Parkir’ Sendiri? Hebat!

07/02/2018
0

CANGGIH! Teknologi masa depan yang menakjubkan muncul lagi, kali ini sangat sesuai untuk mereka yang memang malas susun kasut sendiri....

Nissan Leaf Baharu Akan Memasuki Pasaran Malaysia

06/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kenderaan elektrik (EV) Nissan LEAF baharu akan dijual di tujuh pasaran Asia dan Oceania, termasuk Malaysia pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd