• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Pelajar Lemas Di NZ Tiba Di KLIA Malam Esok

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jenazah pelajar Malaysia yang lemas di New Zealand Ahad lalu, Abdul Azim Amzar Azmi, 21, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 8.45 malam esok.

Pengarah Bahagian Penganjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) Abdul Aziz Hassan berkata, pesawat yang membawa jenazah Abdul Azim Amzar dari Auckland, New Zealand dijadualkan berlepas esok pada 2.40 petang (waktu tempatan).

“Selepas tiba di KLIA, jenazah tersebut akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Belukar, Hutan Kampung di sini pada malam itu juga menggunakan van jenazah,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menziarahi keluarga Allahyarham di sini hari ini.

Van yang membawa jenazah itu dijangka tiba di rumah keluarganya sekitar 4 pagi dan urusan pengebumian akan dilakukan kira-kira pukul 10 pagi atau sebelum solat Jumaat.

“Kami juga mendapat maklumat bahawa jenazah telah disembahyangkan sekitar 9 pagi tadi di Auckland dengan dihadiri pegawai, kenalan dan penduduk Malaysia di sana,” katanya.

Allahyarham yang merupakan pelajar tajaan Mara adalah penuntut bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Waikato, Hamilton dan mangsa dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di tasik itu petang Ahad. – BERNAMA

Tags: jenazahlemaspelajar Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd