• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemesraan Noh Salleh & Mizz Nina Di IG Jadi Inspirasi

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Noh Salleh berkata, kemesraan dia bersama isteri iaitu Mizz Nina yang dipaparkan menerusi laman sosial bukan mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya ingin menawan hati isterinya itu.

Noh, 33, berkata, dia tidak menyangka perkara berkenaan memberi inspirasi kepada masyarakat di luar terhadap kehidupan seseorang selepas berkahwin.

“Kemesraan yang saya tunjuk di Instagram itu adalah untuk isteri saya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau tujuan lain.

“Lagi pula ia merupakan perkara yang positif untuk hubungan kami, saya tidak sangka pula ramai yang menjadikan perkara sebagai inspirasi,” ujarnya kepada mStar Online.

Dia mengulas tentang kemesraannya dengan Mizz Nina yang sering mendapat perhatian netizen.

Kemesraan Noh Salleh & Mizz Nina Di IG Jadi Inspirasi
Antara gambar dan kapsyen yang dimuatkan di Instagram Noh.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Julai 2011.

Noh berkata, sebagai selebriti dia berasa gembira jika perkara berkenaan dapat mendorong orang lain membuat kebaikan.

“Pada saya tanggungjawab sebagai selebriti menyebarkan perkara-perkara yang baik dan harus gunakan laman sosial untuk sesuatu perkara yang berfaedah.

“Lagi bagus jika apa yang dikongsi itu menjadi inspirasi kepada orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 37, berkata, suaminya itu memang seorang yang romantik dan pandai menjaga hatinya.

Bagaimanapun mereka tetap mempunyai batasan tertentu untuk berkongsi tentang hal rumah tangga kepada umum.

“Kami ada batasan juga, tidak semua perkara boleh dikongsi kepada umum. Kalau boleh apa yang dikongsi memberi manfaat kepada semua,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Mizz NinaNoh Hujan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

Mizz Nina Akui Rumah Tangga Dengan Noh Salleh Berakhir

04/08/2022
0

Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu telah berakhir. Ikuti Mynewshub: Telegram Kenyataan itu...

Noh Kongsi Pengalaman Ibadah Korban Di Syria

23/08/2018
0

PENYANYI Noh Salleh menerusi laman sosial Instagramnya pada Rabu berkongsi pengamann menjalani ibadah korban ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd