• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Universiti Bantu Ummah Dapatkan Semula Kehebatan

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menggesa universiti di dunia Islam memastikan kesediaan dan kelayakan generasi muda untuk membantu ummah mendapatkan semula kehebatannya.

Raja Arab Saudi itu bertitah pengetahuan yang diperoleh boleh dikongsi untuk manfaat masyarakat dunia yang lebih luas.

Belia, titah baginda merupakan harapan dan juga masa depan masyarakat Islam.

“Universiti di dunia Islam mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan mereka menghadapi tugas mencabar pada masa depan,” titah baginda.

Raja Salman bertitah demikian dalam ucapan penerimaan baginda selepas dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik (Islam dan Wasatiah) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Sepanjang Hayat oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada konvokesyen khas di sini, Selasa malam.

Anugerah dipersembahkan kepada baginda oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan universiti.

Raja Salman bertitah Islam mempunyai apa yang diperlukan untuk membolehkan ummah bangkit semula sebagai sebuah tamadun.

“Pendidikan merupakan satu cara untuk kita mencapai kemajuan dan pembangunan peradaban dalam bidang pengetahuan dan sains,” titah baginda.

Istiadat penganugerahan itu merupakan acara rasmi terakhir baginda dalam lawatan negara empat hari ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Lawatan itu berakhir pada Rabu. – BERNAMA

Tags: Raja Salman Abdulaziz Al SaudUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd