• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik ‘Datuk’ Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kes enam lelaki yang didakwa terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ bagi mendapatkan wang tebusan bernilai RM19 juta dua tahun lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini.

Keputusan itu ditetapkan hari ini, selepas kes disebut di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali dan dua Hakim Mahkamah Sesyen di sini, iaitu Datuk Unaizah Mohd dan Siti Aminah Ghazali.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan kerana menunggu tarikh yang akan ditentukan Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk memindahkan kes dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim yang memaklumkan beliau telah menerima izin pendakwaan bagi memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Dalam kes ini, Ang Boon Leong, 40, Lim Sin Chye, 45, Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, didakwa melarikan dan mengurung secara salah mangsa Chin Yoke Choon, 54.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini, pada 5.55 petang, 26 Dis 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (Semakan 1989) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Selain itu, mereka juga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang iaitu ‘Geng William’ antara Januari 2015 hingga 4 Feb lalu.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, dua lagi rakan mereka Choo Jia Lerk, 23, dan Liew Chee Hwa, 29, didakwa bergaul dengan Geng William tanpa sebab yang munasabah sekitar April 2015 hingga 19 Nov lalu mengikut Seksyen 130Y kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Peguam S. Sundarajan dan Bob Arumugam mewakili tertuduh. – BERNAMA

Tags: kes culikMahkamah Tinggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

Najib Dipenjara 15 Tahun, Denda RM11.38 Bilion

26/12/2025
0

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan didenda RM11.38 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd