• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Waspada Aktiviti Ancam Keselamatan Negara

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sentiasa memantau dan mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai lokasi untuk melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Kami juga telah mengambil segala tindakan wajar untuk mematuhi peraturan-peraturan antarabangsa berhubung dengan sekatan yang berkaitan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas sebuah laporan berita antarabangsa yang memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai berkata sebuah syarikat hadapan, Glocom, yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Laporan berita itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Khalid turut mengesahkannya.

Bagaimanapun, katanya, polis sedar wujud dua syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Laporan media itu menyebut bahawa laman web, glocom.com.my, didaftarkan oleh International Global System pada 2009 sementara International Golden Services disenaraikan sebagai syarikat yang boleh dihubungi dalam laman web tersebut.

Ia berkata kedua-dua syarikat itu dikawal oleh pengarah dan pemilik saham Korea Utara.

Khalid berkata kedua-dua syarikat itu kini dalam proses ditutup.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am.

International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khalid Dilantik Pengerusi Prasarana, Duta Khas

05/09/2017
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi...

Polis Siasat Kes Bendera Indonesia Dicetak Terbalik

22/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang siasat dari semua sudut termasuk unsur-unsur sabotaj berhubung kes kesilapan bendera Indonesia yang dicetak terbalik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd