• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Campur Tangan Kes Mahkamah Singapura

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Malaysia mempunyai dasar luar yang tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain termasuk kes mahkamah membabitkan seorang rakyat Malaysia dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk K. Ilango menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman negara lain.

“Kami sedar ada usaha untuk mengenakan tekanan bagi membawa sebuah kes mahkamah melibatkan rakyat Malaysia di sini ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Sebelum ini, tiga badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa Singapura menangguhkan hukuman mati terhadap S. Prabagaran, 29, kerana didakwa tidak diberikan perbicaraan adil.

Justeru, Prabagaran memfaikan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Januari lepas supaya mengarahkan Menteri Luar dan kerajaan Malaysia memulakan prosiding terhadap Singapura di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Prabagaran dan ibunya, V. Eswary selaku pihak pemohon menamakan Menteri Luar dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua selain memohon perintah mandamus turut memohon perisytiharan iaitu pihak responden diwajibkan untuk memelihara dan menguatkuasakan hak pemohon pertama untuk dibicarakan secara adil.

Pada 22 Julai 2014, Prabagaran, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana mengedar 22.24 gram diamorphine dan dia dihukum mati pada 22 September tahun sama selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Dadah tersebut ditemui oleh Biro Narkotik Pusat Singapura dalam keretanya di pusat pemeriksaan imigresen.

Ditanya bilangan banduan Malaysia yang menunggu hukuman mati di Singapura, Ilango enggan mendedahkan jumlah tersebut.

Kes terbaru, Mahkamah Agung Singapura semalam menolak rayuan terhadap hukuman mati yang dikenakan ke atas pekerja buruh dari Sarawak, Michael Garing, kerana menyebabkan kematian seorang warga India, D. Shanmuganathan, 41, dalam siri jenayah kejam di Kallang di sini pada 2010.

Michael merupakan antara empat lelaki rakyat Sarawak yang didapati terbabit melakukan empat samun jenayah.

Suspek keempat, Donny Meluda, yang ditangkap di Malaysia bulan lepas, telah dihadapkan ke mahkamah di sini atas tuduhan membunuh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati. – BERNAMA

Tags: Mahkamah TinggiSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

Bunuh Rakan Sekolah : Remaja 15 Tahun Berdepan Perbicaraan Penuh Di Mahkamah Tinggi

30/01/2026
0

PETALING JAYA: Pelajar berusia 15 tahun yang dituduh membunuh rakan sekolahnya berusia 16 tahun di Bandar Utama pada Oktober tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd