• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ary Malik Masih Belum Sedarkan Diri

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUAMI kepada pelakon dan personaliti TV, Ary Malik memaklumkan isterinya masih belum sedarkan diri sejak beberapa hari lalu.

Menurut suaminya,  Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, mereka  kini sedang menunggu keputusan pemeriksaan daripada doktor pakar di Hospital Ampang.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan doktor terbabit berada di luar daerah dan hanya akan kembali bertugas hari ini atau esok.

“Doktor lain sudah tahu keputusan hasil pemeriksaan itu tetapi mereka terpaksa menunggu doktor pakar itu untuk memaklumkan kepada kami kerana mereka tidak mahu berlaku sebarang kesilapan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Ary Malik dilaporkan tenat di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.

Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik disahkan menghidap kanser itu sejak setahun lalu.

Bekas pengacara MTV ini pernah menjalani pembedahan bagi membuang kanser terbabit di Hospital Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Mei lalu.

Pun begitu, dia dimasukkan ke Hospital Ampang pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah.

Difahamkan, tiga anaknya iaitu Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11, sudah dapat menerima kenyataan keadaan ibu mereka ketika ini kerana sudah maklum dengan penyakit yang dihidap ibu mereka. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Ary Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ary Malik Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

01/03/2017
0

DUNIA hiburan tanah air menerima perkhabaran sedih apabila pelakon dan personaliti TV, Ary Malik disahkan meninggal dunia sebentar tadi. Ary,...

Ary Malik Kini Kritikal Akibat Kanser Ovari

25/02/2017
0

PETALING JAYA - Pelakon dan pengacara Ary Malik berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang dekat sini akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd