• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pegawai Imigresen Dan 3 Individu Bebas

oleh Ahmad Albab
27/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Perak bersama tiga individu lain yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah kini bebas selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mendapatkan perintah lanjutan reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua mereka, yang tiba pada pukul 9.45 pagi tadi, sebelum ini ditahan direman selama lima hari mulai 23 Feb lepas bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan operasi pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu.

Majistret Suhaima Mohd Noor menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin, untuk melanjutkan tempoh reman.

“Permohonan yang dikemukakan SPRM tidak mempunyai merit. Oleh itu mahkamah membebaskan kesemua suspek,” kata Suhaima.

Pegawai kanan berusia 57 tahun itu bersama dua ahli perniagaan berusia 30 tahun dan seorang mekanik berusia 26 tahun itu diwakili peguam Dexter Mah dan Ranjit Singh Sandhu.

Terdahulu, Nurul Wahida berhujah telefon bimbit yang dirampas daripada kesemua suspek untuk membantu siasatan telah dihantar ke cawangan forensik teknologi SPRM.

“Maklumat banyak bergantung dalam telefon bimbit berkenaan, sekiranya reman tidak dibenarkan dan kesemua mereka dibebaskan ia boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Dexter berkata tiada alasan untuk melanjutkan tempoh reman selepas semua anak guamnya memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

“Akaun bank, barang rampasan serta barang kes kesemuanya telah diserahkan kepada pihak penyiasatan. Jadi tidak perlu lagi untuk melanjutkan lagi tahanan reman terhadap anak guam saya,” katanya.

Menurut Ranjit Singh pula, alasan yang diberikan oleh pihak penyiasatan seperti tiada kata kunci untuk membuka telefon bimbit kesemua suspek tiada asas kerana mereka boleh memperolehinya daripada cawangan forensik itu.

“Barang tidak boleh disentuh oleh suspek kerana barang di bawah kawalan pihak penyiasatan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd