• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Perubatan Tradisional Diminta Hasil SOP

oleh
26/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pertubuhan pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di negara ini perlu bekerjasama dengan universiti dalam menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memperkasakan perubatan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kajian klinikal ke atas ubat mereka seperti yang dijalankan dalam perubatan moden perlu dilakukan dan tidak semestinya bergantung kepada testimoni pengguna untuk meyakinkan orang ramai.

“Dalam hal ini, saya sarankan mereka (pertubuhan pengamal PTK) supaya keluarkan SOP berdasarkan kajian mengenai ubat-ubat mereka.

“Dengan ini ubat-ubat mereka juga boleh dijual di negara lain sebagai perubatan alternatif kerana sudah ada standard,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Pemerkasaan Perubatan Tradisional Melayu 2017 di sini hari ini.

Seminar anjuran Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradsional Melayu Malaysia (Gapera) dengan kerjasama Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu dihadiri lebih 400 pengamal PTK dari seluruh negara.

Dr Hilmi berkata Malaysia adalah antara negara terawal yang memperkenalkan akta mengenai PTK iaitu Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) yang dikuatkuasakan sejak 1 Ogos 2016 bagi mengawal selia amalan dan pengamal PTK.

Mesyuarat Majlis PTK yang pertama diadakan pada 16 Jan lepas menyerlahkan kepentingan mengawal selia amalan serta pengamal PTK berlandaskan kriteria tertentu yang memberi fokus utama kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti rawatan serta amalan.

Menurutnya ketika ini PTK turut ditawarkan di 14 hospital kerajaan di negara ini antaranya Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang; Hospital Putrajaya; dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Ia melibatkan enam jenis rawatan iaitu akupunktur, rawatan selepas bersalin, terapi herba sebagai rawatan sampingan untuk pesakit kanser, urutan tradisional Melayu, rawatan tradisional India Shirodhara serta Terapi Basti Luaran,” katanya.

Dr Hilmi berkata kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 2014 menunjukkan terdapat 4,975 pengamal PTK di negara ini dan dengan senario semasa, jumlah itu dianggarkan meningkat kepada 6,000 ketika ini. – BERNAMA

Tags: Perubatan Perubatan Tradisional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd