• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Mat Saleh Cakap Melayu Makan Nasi Lemak

oleh AK-47
26/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEBIASAANNYA, ‘Mat Saleh’ atau warga asing dari Barat lazimnya menggunakan sudu atau garpu ketika menjamah makanan mereka.

Ini kerana mereka tidak dibesarkan dengan budaya makan pakai tangan seperti orang Melayu kita. Jadi mereka mungkin berasa sedikit janggal untuk makan dengan menggunakan tangan sendiri.

Tetapi tidak bagi seorang pemuda Inggeris ini, Rhys Williams, yang bukan sahaja petah berbahasa Melayu, malah begitu selesa menjamah nasi berlauk dengan menggunakan tangan.

Menerusi perkongsian rakaman vlognya yang berjudul ‘Mat Salleh Makan Nasi Lemak’, Rhys dilihat begitu selamba menjamah sepinggan nasi lemak walaupun mengaku sedikit kekok.

Video tersebut yang dimuat naik menerusi laman Facebook Destinasi TV sejak 13 Februari lalu, sehingga kini menerima lebih daripada 18,000 perkongsian.

Lebih menarik lagi, lelaki Britain ini juga fasih berbahasa Melayu dan tidak kedengaran pelat ‘orang putih’ yang ketara langsung ketika bercakap.

Terliur pulak rasanya apabila melihat sendiri riak wajah Rhys yang begitu berselera menjamah Nasi Lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru ini.

Dalam satu temubual bersama NST, Rhys berkata walaupun boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik, dia masih tetapi mempelajarinya melalui majalah dan menonton televisyen.

“Orang ramai pernah menulis kepada saya dan bertanya mengapa saya mempelajari bahasa ini, di mana mereka menggelarnya sebagai ‘tidak berguna’.

“Secara jujur, saya terkilan dengan pendapat itu. Tiada bahasa di dunia ini yang tidak berguna,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mat sallehnasi lemakRhys William
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

24/12/2025
0

Soalan ini nampak remeh, tetapi sebenarnya mencerminkan sikap kita sebagai pengguna. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, harga nasi...

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd