• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik Ditahan Di Kuala Ketil Miliki Pistol

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang mekanik berusia 38 tahun ditahan  kerana memiliki sepucuk pistol dan kelopak peluru yang mengandungi dua butir peluru di Kampung Sisik Lantai, Kuala Ketil, Baling pada Selasa lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof berkata pistol dan kelopak peluru itu ditemukan di belakang rumah suspek.

“Pistol dan kelopak peluru ditemui di dalam plastik yang dibungkus dan diletak di celah batu di belakang rumahnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hinga 14 tahun dan enam kali sebatan.

Suspek juga di siasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki peluru yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, kata Asri.

“Kita masih menyiasat di mana pistol dan peluru itu diperolehi suspek dan tujuan apa dia memilikinya,” katanya dan menambah suspek direman sehingga 28 Feb ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu dalam kes berasingan, pihak polis menahan 13 suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun yang dipercayai anggota kongsi gelap yang bergerak aktif dengan melakukan jenayah pemerasan dan ugutan di Langkawi, Kuala Muda dan Kulim.

Tangkapan dijalankan menerusi Ops Cantas Khas pada 20 Feb lalu.

“Mereka yang kita tahan terdiri dari kumpulan 04, 36 dan 08 dan polis tidak akan berkompromi dengan kumpulan-kumpulan ini. Kesemua mereka di siasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959,” katanya.

Beliau berkata pihak polis menahan 98 orang anggota kumpulan ini.

“Kita masih memburu tiga lagi suspek dan meminta orang ramai yang menemui dan mengenali mereka agar segera menghubungi pegawai polis di talian 04-7741541,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pistol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd