• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rossa Cerita Susah Cakap Inggeris Terbit Body Speak

oleh
26/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Nampaknya semacam jadi trend dalam kalangan artis popular wanita Indonesia menghasilkan album Inggeris atau merakamkan lagu Inggeris di Amerika Syarikat (AS) akhir-akhir ini.

Artis malar hijau, Kris Dayanti sudahpun berbuat demikian manakala penyanyi muda, Syahrini atau nama penuhnya Rini Fatimah Jaelani juga dikhabarkan bakal melaksanakan impian sedemikian dalam masa terdekat.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sumedang, Datuk Rossa yang berada di Singapura pada 22 Februari lalu sempena pelancaran single Inggeris beliau berjudul ‘Body Speak’, juga tidak mahu ketinggalan berbuat demikian.

Ini bukanlah kali pertama pelantun lagu Ayat-ayat Cinta yang sinonim dengan hits balada khususnya, merakamkan lagu Inggeris. Sebelum ini, beliau pernah merakamkan album “Love, Life & Music” yang turut dipasarkan di Jepun.

‘Body Speak’ dicipta bersama oleh tiga pemuzik terkenal dari AS yang bernama Steve Shebby, Joleen Belle dan Michelle Buzz, ujar Rossa atau nama penuhnya Sri Roslaina Sri Handayani kepada agensi berita MediaCorp.

Cuma, inilah kali pertama Rossa, 38; mengadakan pelancaran single tersebut secara istimewa di Singapura anjuran syarikat rakaman Trinity Optima Production dari Indonesia yang disokong stesen tempatan Radio RIA 89.7 FM.

Rossa Cerita Susah Cakap Inggeris Terbit Body Speak

Uniknya kali ini ialah beliau memilih seorang penerbit vokal dari AS iaitu Mitch Allan untuk menerbitkan empat buah lagu Inggeris. Rakaman tersebut sudahpun dilaksanakan pada 2016 lalu di Los Angeles, California.

Penerbit album yang menjadi pilihan Rossa itu secara kebetulan juga pernah menerbitkan album-album terbaik untuk penyanyi antarabangsa seperti Demi Lovato, Miley Cyrus, Pitbull, Kelly Clarkson dan Fifth Harmony.

Terang Rossa sewaktu pelancaran di restoran Kaw Kaw Sg di Aliwal Street: “Mitch pernah terbit lagu untuk ramai artis seperti Selena Gomez, jadi saya fikir dia lebih sesuai dengan saya. Dia juga kacak (ketawa). Saya benar-benar seronok.”

Rossa yang sudah bergiat dalam dunia hiburan selama 21 tahun lamanya menyifatkan pengalaman merakamkan lagu-lagu Inggeris di Los Angeles sebagai amat berharga.

“Paling sukar ialah sebutan dalam bahasa Inggeris kerana ia bukanlah bahasa yang sering saya gunakan setiap hari. Saya belajar dari Mitch dan pemuzik lain bagaimana setiap perkataan harus disebut betul-betul.

“Ini supaya lirik dan ‘jiwa’ lagu itu tepat dan lain dari menyanyi dalam bahasa Indonesia,” ujar penyanyi yang suka ketawa dan memang peramah ini selain dia turut dikenali sebagai Teh Ocha atau Teteh Ocha di Indonesia.

Rossa Cerita Susah Cakap Inggeris Terbit Body Speak

Rossa juga menjadi pilihan popular penerbit untuk membawakan lagu runut untuk beberapa filem popular termasuklah yang terbaharu, London Love Story 2 dengan lagu berjudul “Cinta Dalam Hidupku”.

Lagu balada yang menjadi runut tema filem tersebut sebenarnya baru sahaja diedarkan kira-kira dua minggu lepas di sekitar Jakarta dan beliau kini masih lagi dalam usaha untuk mempromosikan single terbaharu itu.

Dalam sidang media di Singapura, Rossa menyatakan bahawa beliau bakal mengedarkan album solo terkininya pada April nanti yang turut menyenaraikan single Inggeris beliau, Body Speak dan lagu runut Cinta Dalam Hidupku.

Dari dulu sehingga sekarang, Rossa, merupakan antara artis yang lebih selesa merahsiakan siapakah teman lelaki beliau di sebalik albumnya sudah dijual lebih lima juta unit di Indonesia sejak mula aktif menyanyi pada 1986.

Meskipun media massa di Jakarta melaporkan bahawa beliau telah pun menemui jejaka yang berjaya mencuri hatinya, penyanyi lagu Ku Menunggu itu memilih untuk selesa diam membisu sahaja.

Ketika ditebak dengan soalan mengapakah beliau merahsiakan hubungan cintanya setiap kali dilaporkan tengah hangat bercinta, Rossa seakan-akan mengelak sambil tersenyum lebar.

Rossa Cerita Susah Cakap Inggeris Terbit Body Speak

“Semoga orang lebih mengenal saya sebagai muzik daripada gosip kerana kalau gosip itu kan belum tentu betul. Cinta itu bisa datang dan pergi.

“Saya tidak mau orang mengingat ‘oh Rossa pernah bersama lelaki ini atau lelaki itu’. Saya lebih suka orang mengenali Rossa yang mengeluarkan banyak lagu hits.”

Rossa yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai penyanyi wanita terbaik untuk Anugerah Planet Muzik 2011 juga sibuk dengan persiapan untuk konsert solo Jakarta beliau yang bakal berlangsung pada 13 April nanti.

Rossa juga baru sahaja menunaikan umrah minggu lepas bersama teman-teman rapat beliau. Apakah antara doa yang dipanjatkan beliau ketika berada di kota suci Makkah termasuk cepat bertemu jodoh?

“Oh tidak. Saya bilang, mudah-mudahan Allah memberikan yang terbaik dalam apapun kehidupan saya dalam jodoh, keluarga saya,” katanya kepada MediaCorp sambil tertawa manja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: artis IndonesiaRossa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Meningitis

09/04/2020
0

JAKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Glenn Fredly disahkan meninggal dunia akibat penyakit meningitis. Menurut Kompas, perkara itu disahkan wakil keluarga...

Lucinta Luna Sudah Diakui Perempuan – Polis

13/02/2020
0

JAKARTA - Polis mendedahkan jantina selebriti Lucinta Luna yang ditahan kerana kes dadah, Selasa lalu, adalah seorang perempuan. Ia berdasarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd