• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Salman Abdulaziz Diberi Sambutan Negara

oleh Ahmad Albab
26/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang tiba untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Malaysia diberi sambutan negara di Dataran Parlimen.

Ketibaan baginda pada 11.50 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Upacara sambutan dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi diikuti tembakan meriam 21 das.

Raja Salman kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Azlan Shah Baharum.

Baginda dan anggota rombongannya kemudian diperkenalkan kepada anggota Jemaah Menteri dan perwakilan diplomatik asing.

Ini merupakan lawatan sulung Raja Salman ke Malaysia atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, selepas baginda menaiki takhta pada 23 Januari 2015.

Semasa berada di negara ini, Raja Salman dijadual mengadakan mesyuarat terhad bersama Najib diikuti mesyuarat delegasi serta majlis jamuan rasmi yang dihoskan perdana menteri dan isteri.

Kedua-dua pemimpin juga dijangka berbincang mengenai kemajuan kerjasama dua hala sedia ada dan peningkatan dalam kerjasama pelbagai sektor serta bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu serantau.

Perkara berkaitan haji dan kuota turut menjadi agenda utama selain memperkukuhkan kerjasama dalam beberapa bidang berkaitan.

Kali terakhir Raja Arab Saudi melawat Malaysia adalah pada 2006 oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Almarhum Raja Faisal Abdulaziz al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.

Arab Saudi merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Timur Tengah, dan perdagangan antara kedua-dua negara menyaksikan peningkatan 19.8 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya dan kini berjumlah RM13.12 bilion.

Selain itu, Raja Salman juga dijadual menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya pada Isnin manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik pada Selasa. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiRaja Salman Abdulaziz Al Saud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd