• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

THT Cipta Sejarah Juarai Liga Hoki Malaysia 2014

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Terengganu (THT) mencipta sejarah muncul juara Liga Hoki Malaysia TNB (TNB-MHL) 2014 buat pertama kalinya, selepas mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Kelab Hoki Sapura pada aksi akhir liga berkenaan di Stadium Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, hari ini.

THT dinobatkan juara liga selepas menamatkan cabaran dengan mengutip 27 mata mengatasi pencabar utama, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) yang juga juara bertahan edisi tahun lepas, yang mengumpul 24 mata.

Dalam aksi hari ini, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Faridzul Afiq Mohd seawal minit ketiga, namun THT di bawah kendalian jurulatih Sarjit Singh berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil, lima minit kemudian.

THT mula berpesta gol apabila Mohd Fitri Saari menambah jaringan pada minit  kesembilan diikuti Faizal Saari ke-14, Muhammad Firhan Ashaari (ke-15), Ismail Abu (ke-15), Seo Jong Ho (ke-16) dan Sobirin Lias (ke-30).

Ketinggalan 1-7, pasukan Sapura berjaya memperoleh gol kedua menerusi  Khasif Ali pada minit ke-38.

Namun, pasukan tuan rumah kembali menambah koleksi gol menerusi Muhammad Firhan pada minit ke-49 sebelum Seo Jong Ho melengkapkan kemenangan bergaya THT menerusi gol kesembilan tiga minit kemudian.

Di Gelanggang Utama, Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, KLHC gagal mempertahankan gelaran apabila dimalukan pasukan bukan pilihan, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 1-5.

UniKL bermula garang apabila Dedy Ariyadi Jumaidi membuka jaringan menerusi gol padang pada minit ketujuh sebelum Phillipp Stahr menggandakan jaringan pada minit ke-19.

Tertekan apabila ketinggalan 0-2, KLHC bangkit meraih gol sulung menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie Rahim pada minit ke-24.

Kegembiraan KLHC tidak bertahan lama apabila UniKL kembali mendominasi perlawanan menerusi jaringan Muhammad Hafiz Samsul, Stahr dan Muhammad Sufi Ismat Rohulamin, masing-masing pada minit ke-57, 59 dan 60.

Tempat ketiga milik pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selepas skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin itu mengumpul 13 mata, biarpun seri 3-3 berdepan Maybank pada saingan akhir di Gelanggang 2, venua yang sama.

Pasukan TNB terlebih dahulu membuka jaringan menerusi gol padang Muhamad Ramadan Rosli seawal minit ketiga sebelum pemain Maybank, Shakeel Abassi menyamakan kedudukan pada minit ke-20.

TNB bangkit mendahului kedudukan menerusi dua gol, masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Azammi Adabi dan Norhizzat Sumantri pada minit ke-21 dan 42.

Namun, kegembiraan TNB hanya seketika apabila Maybank kembali menyamakan kedudukan menerusi dua gol yang dijaringkan oleh Abdul Haseem Khan dan B.Namasivayam, masing-masing pada minit ke-47 dan 53.

Kesemua enam pasukan akan meneruskan cabaran bagi merebut Piala TNB-MHL 2014 yang akan bermula Jumaat ini.- BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd