• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kedutaan Mahu Tahu Sebab Warganya Ditahan

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Seorang pegawai Kedutaan Korea Utara hari ini mendakwa pihak kedutaan itu tidak tahu atas sebab apa seorang warganegaranya berada dalam tahanan polis.

Kaunselor Jim Yu-song berkata demikian kepada pemberita selepas pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan gagal dalam cubaannya untuk berjumpa warganegara Korea Utara Ri Yong Chol.

Yu-song, yang dilihat memasuki perkarangan IPD itu pada 4.15 petang dan beredar 15 minit kemudian, berkata beliau datang untuk berjumpa dengan pegawai polis yang bertanggungjawab untuk mengetahui kenapa warga Korea Utara itu ditahan.

“Kedutaan kami memikul tanggungjawab untuk melindungi kepentingan dan hak warganegara kami… sehingga kini kami tidak tahu sebab bagi penahanannya.

“Jadi, kami datang ke sini sekali lagi untuk bertanya kepada polis kenapa mereka menahan warganegara kami selama tujuh hari tanpa sebarang sebab… tetapi kami kesal kerana mereka (polis) berada di luar untuk menghadiri mesyuarat di Shah Alam, Selangor,” katanya sebelum meninggalkan kawasan itu.

Ketika ditanya adakah pihak kedutaan telah membuat sebarang permohonan untuk berjumpa dengan polis atau pegawai bertanggungjawab bagi kes itu, kaunselor itu berkata: “Tidak.”

“Tetapi, kami berharap polis Malaysia sepertimana termaktub dalam hubungan dua hala antara dua negara, akan bekerjasama dengan kedutaan,” katanya.

Ri Jong Chol ditahan bersama-sama tiga yang lain berhubung kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam.

Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya iaitu pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila sejam kemudian dua wanita menghampirinya dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang telah disembur dengan cecair beracun.

Jong-nam yang menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, telah meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. – BERNAMA

Tags: Kedutaan Korea UtaraKes Bunuh Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tingkat Kawalan Kedutaan Korea Utara, Kawasan Sensitif

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Kawalan keselamatan di kawasan sensitif khususnya di bangunan kedutaan Korea Utara di Jalan Binjai di sini akan...

Kakitangan Diplomatik Korea Utara Di Malaysia Diusir

19/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga meninggalkan negara ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd