• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menjelang PM India Lawat Manipur, Polis Temui Bom

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IMPHAL (India) – Polis pada Jumaat menemui sebutir bom tangan dan bom di wilayah barat Imphal di Manipur tempat di mana Perdana Menteri India, Narendra Modi dijadual menyampaikan ucapan di perhimpunan sempena kempen pilihan raya pada Sabtu, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Penemuan itu selepas enam kumpulan pemberontak di Manipur timur laut India menyuarakan hasrat mereka “menutup sepenuhnya” negara Manipur sebagai tanda bantahan terhadap lawatan Perdana Menteri itu yang dianggap sekadar memperdayakan rakyat Manipur.

Modi dijadual berucap pada satu perhimpunan di Langjing Achouba sebagai tanda sokongan terhadap calon Parti Bharatiya Janata (BJP).

Bom tangan ditemukan berdekatan pagar kediaman calon BJP Soibam Subhachandra di Ningombam Leikai kira-kira sembilan kilometer dari lokasi perhimpunan manakala sebutir lagi bom ditemui di rumah pekerja BJP O Sunil di wilayah Thaubal.

Penutupan oleh Jawatankuasa Penyelaras (Carcom) dijangka bermula pada 6 pagi sehingga Perdana Menteri meninggalkan negara itu, kata Carcom dalam kenyataan.

“Lawatan Narendra Modi ke Imphal pada 25 Februari merupakan satu lagi lawatan bertujuan memperdayakan penduduk Manipur,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di negara itu untuk memastikan tiada sebarang kecuaian dalam urusan keselamatan sempena lawatan Perdana Menteri.

Pemilihan untuk 60 kerusi negeri Manipur akan di adakan dalam dua fasa iaitu pada 4 Mac dan 8 Mac. – BERNAMA

Tags: Bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd