• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawatan Raja Salman Ke Malaysia Kukuhkan Hubungan

oleh AK-47
25/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ke Malaysia akan memberi fokus ke arah mengukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara di semua peringkat, kata Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Al-Rashid.

Beliau berkata hubungan diplomatik yangh erat antara kedua-dua negara, terjalin pada awal 1960, boleh disifatkan sebagai hubungan persaudaraan.

Beliau berkata hubungan erat yang dibina berasaskan perpaduan agama harus diperkukuhkan bukan sahaja untuk manfaat kedua-dua negara tetapi juga untuk perpaduan dunia Islam keseluruhan.

“Sudah pasti pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara akan menjadi satu daripada agenda utama lawatan tetapi perpaduan dan solidariti negara-negara Islam juga tidak kurang penting.

“Kami berharap banyak perjanjian boleh dicapai semasa lawatan ini di semua peringkat,” kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Raja Salman dijadual tiba di Malaysia Ahad ini untuk lawatan negara selama empat hari. Semasa lawatan, baginda akan menemui pemimpin Malaysia, kalangan ahli perniagaan, pelajar dan mufti.

Fahad berkata Malaysia kepakaran teknikal Malaysia semakin diiktiraf di Arab Saudi terutama dalam sistem pengangkutan.

Beliau berkata perolehen kontrak oleh Prasarana Malaysia Berhad bagi operasi dan penyelenggaraan sistem Metro Arafah-Mina semasa musim haji adalah contoh terbaik tentang bagaimana kedua-dua negara mendapat manfaat antara satu sama lain.

“Inilah contoh bagaimana kita bertukar kepakaran dengan negara-negara lain, kita sentiasa menaruh harapan untuk memperoleh manfaat daripada pengalaman mana-mana negara dalam mana-mana sektor, sama ada Malaysia atau negara lain,” kata beliau.

Sementara itu, Fahad berkata, beliau menjangka peningkatan jumlah pelancong Arab Saudi ke Malaysia memandangkan Malaysia ialah antara destinasi popular di kalangan rakyat Arab Saudi.

Beliau berkata, persamaan dari segi agama dan budaya Islam mendorong umat Islam dari seluruh dunia untuk melawat Malaysia.

“Kebanyakan pelancong beragama Islam lebih sukakan Malaysia kerana negara ini memupuk nilai-nilai Islami. Begitu juga, kita melihat pelancong Malaysia melawat Arab Saudi untuk berbulan madu mereka di Makkah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Fahad Abdullah Al-RashidDuta Arab SaudiRaja Salman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

Arab Saudi Sahkan Anwar Dijadual Bertemu Raja Salman – Wisma Putra

28/03/2023
0

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Arab Saudi mengesahkan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi minggu...

Raja Salman Undang Dr Mahathir Ke Arab Saudi

29/10/2018
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd