• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VX Agen Saraf Paling Poten – CDC

oleh AK-47
24/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agen saraf VX yang dikesan pada muka warga Korea Utara, Kim Jong-nam yang dibunuh di Malaysia pada 13 Februari, merupakan agen saraf paling poten.

Berbanding agen saraf sarin, juga dikenali GB, VX dianggap sangat bertoksik menerusi kemasukan melalui kulit dan agak bertoksik menerusi helaan nafas.

Ini berdasarkan maklumat daripada laman sesawang Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), satu daripada komponen operasi utama Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat.

“Tahap keracunan disebabkan oleh VX bergantung kepada amaun VX yang didedahkan ke atas seseorang, cara pendedahan dan tempoh dia terdedah,” kata CDC.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan penemuan VX susulan analisis awal terhadap calitan-calitan kering mukus mata serta muka yang diambil sebagai sebahagian siasatan polis berhubung pembunuhan itu.

Khalid berkata kehadiran bahan itu, sejenis senjata kimia, dinyatakan dalam laporan awal yang diterima polis daripada Jabatan Kimia.

CDC berkata sebarang cecair VX yang terkena kulit boleh membawa maut melainkan ia dibasuh pada kadar segera.

“Semua agen saraf mencetuskan kesan toksik dengan menghalang satu enzim yang berperanan sebagai ‘suis pemutus’ tubuh bagi kelenjar dan otot-otot, berfungsi dengan sepatutnya.

“Tanpa ‘suis pemutus’, kelenjar dan otot-otot akan sentiasa dirangsang dan mengalami keletihan serta tidak lagi mampu meneruskan fungsi pernafasan,” kata CDC.

VX boleh bertahan pada objek yang mengenainya selama berhari-hari. Dalam cuaca yang sangat sejuk pula, VX boleh bertahan berbulan-bulan.

“Disebabkan bahan ini menyejat pada kadar sangat perlahan, VX boleh menjadi ancaman jangka panjang dan jangka pendek. Justeru, permukaan yang dicemari VX harus dianggap sebagai bahaya jangka panjang,” kata pusat itu.

Pada 13 Februari, Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita dan menyapu mukanya dengan tapak tangan mereka yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam mendapatkan bantuan di kaunter khidmat pelanggan di lapangan terbang itu serta digegaskan ke Hospital Putrajaya namun meninggal dunia dalam perjalanan.

Beliau tiba di Malaysia pada 6 Februari dan memegang pasport tertera nama Kim Chol. – BERNAMA

Tags: Agen Saraf VXCDCkes pembunuhanKim Jong-Nam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd