• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Andaian Melulu Pegawai, Anggota Ambil Rasuah

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian melulu berhubung penahanan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan seorang Staf Sarjan kerana disyaki terlibat rasuah.

Beliau berkata, prosedur undang-undang sedia ada perlu dijalankan seperti biasa dalam menangani kes berkenaan dan ia tidak perlu dikaitkan dengan kes-kes lain.

“Saya harap dalam kes-kes sebegini, janganlah ada ‘trial by media’ (perbicaraan menerusi media) dan (akhirnya) mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya ketika diminta mengulas kes berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan tapak Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima ’17) di sini, hari ini.

Semalam, pegawai tentera berumur 57 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh, Pahang kerana dipercayai menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya.

Susulan penahanan pegawai itu, SPRM menangkap staf sarjan berumur 44 tahun di Kuantan, Pahang. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera Malaysia tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati melanggar undang-undang negara.

“Pendirian saya adalah konsisten sejak dari dahulu lagi bahawa semua pemegang jawatan dan memikul amanah perlulah bertanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd