• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Wanita Peminjam Terbaik Tekun Nasional

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Rekod cemerlang golongan wanita sebagai peminjam Tekun Nasional yang baik mendorong agensi itu melancarkan produk pembiayaan terbaharu untuk wanita, Skim Pembiayaan Program TemanNita.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika melancarkan skim pembiayaan itu hari ini, berkata golongan wanita merupakan peminjam yang baik dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam pembayaran balik.

“Oleh itu, lebih ramai usahawan wanita yang menceburi bidang keusahawanan harus diwujudkan,” katanya pada pelancaran secara bersama Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat  Abdul Jalil di sini.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ahmad Shabery berkata skim tersebut yang memperuntukkan dana RM100 juta tahun ini terbuka kepada wanita yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, penjaja atau ingin memulakan perniagaan.

“Wanita yang menjadi ketua isi rumah digalakkan memohon skim berkenaan bagi memperkasa  ekonomi mereka dan seluruh ahli keluarga,” katanya.

Skim Pembiayaan Program TemanNita menggunakan konsep pembiayaan secara berkumpulan bagi menyediakan kemudahan  pembiayaan dengan lebih mudah, cepat dan efisien untuk keperluan perniagaan.

Setiap kumpulan terdiri daripada lima ahli yang kesemuanya wanita dengan had pembiayaan bagi pinjaman pertama ialah RM10,000  dan pembiayaan seterusnya sehingga RM20,000.

Shahrizat ketika berucap menyifatkan skim pembiayaan itu sebagai langkah memperkasa golongan wanita dari segi ekonomi, sekali gus memberi kesan positif kepada institusi keluarga. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

Hotel FELDA Yang Mana Satu, PMX Jangan Beri Rakyat ‘Confuse’ – Rahimi

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman mempersoalkan dakwaan Perdana Menteri bahawa FELDA mahu menjual hotel...

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

PH Yang Janji Hapus Hutang Peneroka, Tapi Merungut “Aku Kena Bayar” – Shabery Cheek

28/07/2026
0

SEREMBAN - Kerajaan tidak sepatutnya merungut perlu membayar hutang FELDA hampir RM1 bilion setahun kerana Pakatan Harapan (PH) sendiri yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd