• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

253 Projek Perumahan Swasta Terbengkalai

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Sebanyak 253 projek perumahan swasta terbengkalai direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dari 2009 sehingga kini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata jumlah itu melibatkan 64,291 unit rumah dengan 43,538 pembeli.

“Daripada jumlah itu, 31 projek berjaya dipulihkan secara berperingkat menggunakan dana kerajaan sejak 2009 dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM204.8 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci dan Sijil Layak Menduduki (CFO) Projek Perumahan Terbengkalai Taman Tradisi Indah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalannya Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Noh berkata Selangor mencatatkan jumlah projek perumahan swasta terbengkalai paling tinggi dengan 81 projek perumahan melibatkan 29,134 unit rumah dengan 20,640 pembeli.

“Bagaimanapun, sembilan daripada projek itu berjaya disiapkan termasuk di Taman Tradisi Indah ini dengan kos RM60 juta,” katanya.

Menurutnya masalah kewangan merupakan faktor utama menyebabkan projek perumahan terbengkalai dengan kebanyakan kontraktor perumahan terbabit tidak mempunyai kewangan kukuh sekaligus tidak mahu menanggung bebanan hutang tinggi bagi meneruskan projek kendalian mereka.

“Apabila kontraktor berhadapan dengan pelbagai kos termasuk kos tambahan yang dikenakan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), ini menyebabkan mereka terpaksa mengundur diri daripada terus menjalankan projek tersebut atau diisytiharkan bankrap,” katanya.

Selain rumah terbengkalai, katanya pembeli turut berdepan masalah rumah tidak dapat disiapkan berikutan pemaju tidak mempunyai Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan yang sah.

Di Semenanjung sahaja, kementerian itu mengenal pasti kira-kira 209 projek perumahan yang tidak dapat diduduki dan diteruskan ekoran pemaju tidak mempunyai lesen sah bagi membangunkan projek perumahan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 148 projek melibatkan kontraktor di Selangor…ini masalah yang serius sebab pihak kita tidak dapat membantu pembeli kerana masalah ketiadaan lesen.

“Sebab itulah kita selalu nasihatkan PBT supaya teliti setiap kontraktor yang ada kerana kita tidak mahu masalah ini terbeban ke atas pembeli,” katanya. – BERNAMA

Tags: Noh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 37,600 Pekerja Diberhentikan Pada 2016

Next Post

MoU Penternakan Kerbau Sawah Di Sabah Dimeterai

Related Posts

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

Najib Pemimpin Berjiwa Besar – Noh

22/02/2023
0

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyatakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...

Next Post

MoU Penternakan Kerbau Sawah Di Sabah Dimeterai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd