• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Tembak Tempat Sama Wanita Ditembak

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan berlaku kes tembakan di tempat sama kejadian seorang ahli perniagaan wanita maut ditembak semasa memandu di Taman Pekaka 1, Gelugor di sini, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Zainol Samah berkata tiada sebarang kes tembak berlaku di negeri ini hari ini, seperti yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata sebaliknya kehadiran sepasukan polis di kawasan kejadian adalah bagi menjalankan siasatan kes membabitkan ahli perniagaan wanita berusia 49 tahun berkenaan.

“Kami perlu ke tempat kejadian untuk lengkapkan siasatan jadi jangan buat spekulasi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu, Ruby Lee Poh Ai, 49, yang memandu kereta jenis BMW seorang diri dihampiri dua lelaki menunggang motosikal yang melepaskan lebih 10 das tembakan ke arahnya.

Ruby yang merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang logistik perkapalan itu ditembak dari cermin sisi pemandu dan daripada lebih 10 das tembakan itu enam das tembakan mengenai dadanya.

Dalam pada itu, Zainol berkata siasatan kes itu masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada pihak media dari semasa ke semasa.

Beliau turut meminta kerjasama pihak media terutama portal media agar tidak memutar belit fakta atau membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu kerana ia akan menganggu siasatan.

Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kes tembakSAC Zainol Samah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd