• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nautical Aliya Selamat Tiba Di Tanah Air

oleh Ahmad Albab
24/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan ‘Food Flotilla For Myanmar’ tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini pada kira-kira 10 pagi ini.

Ketibaan kapal itu disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta anggota keluarga 183 sukarelawan misi berkenaan yang menunggu di situ sejak pukul 8 pagi.

Kapal berkenaan berlepas keluar dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari lepas membawa 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di Myanmar dan pelarian Rohingya di Bangladesh.

Nautical Aliya Selamat Tiba Di Tanah Air

Ia berlabuh di pelabuhan Yangon pada 9 Februari dan menurunkan sebahagian daripada barang bantuan itu dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke pelabuhan Chittagong pada 14 Februari untuk menurunkan keseluruhan barang bantuan itu di sana.

Bantuan di Bangladesh itu adalah untuk diagihkan di tiga kem pelarian di Kutupalong, Cox’s Bazar dan Teknaf dengan bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladesh dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migran (IOM).

Misi anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu merangkumi wakil pertubuhan bukan kerajaan dari Malaysia dan negara luar, pasukan perubatan, tenaga pengajar dan wartawan. – BERNAMA

Tags: Nautical Aliya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Ucap Tahniah, Terima Kasih Kepada Sukarelawan

24/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara...

Nautical Aliya Tiba Di Pelabuhan Klang Khamis

22/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Selepas selesai menghantar 2,300 tan makanan dan barang keperluan untuk etnik Rohingya di pelabuhan Chittagong, Bangladesh dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd