• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Besar Kanan MAHB Ditahan Seleweng Duit

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus besar kanan di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng kira-kira RM80,000 untuk rawatan kecantikan kulit dan program pelangsingan.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Cheras pada 11 pagi tadi.

“Suspek dikatakan mempunyai masalah obesiti dan disyaki menyalahgunakan kad kredit korporat yang dibekalkan oleh MAHB kepadanya untuk menjalani satu rawatan yang tidak terdapat dalam kontrak faedah.

“Melalui maklumat yang dikumpulkan, kad kredit korporat itu hanya boleh digunakan untuk kegunaan rasmi termasuk pembelian tiket kapal terbang, penginapan, keraian dan belanja mesyuarat seperti yang dinyatakan dalam Prosedur Operasi Standard syarikat tersebut,” katanya kepada Bernama.

Menurut sumber, MAHB akan membekalkan kad kredit korporat kepada pegawai yang layak untuk kegunaan rasmi.

Sumber berkata suspek telah dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Sumber Manusia pada Januari 2015 sebelum dinaikkan pangkat ke Pengurus Besar Kanan di bahagian yang sama pada Disember 2015.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mendapatkan rawatan kecantikan kulit serta pelangsingan badan tersebut di sebuah klinik dan hospital swasta di Lembah Klang antara Disember 2015 dan Ogos tahun lepas,” katanya.

Menurut sumber, segala kelulusan tuntutan perubatan kakitangan MAHB bergantung kepada semakan dilakukan oleh sebuah syarikat pihak ketiga yang dilantik bagi menguruskan kemudahan perubatan kakitangan mengikut Jadual Faedah dan senarai pengecualian yang diluluskan Bahagian Sumber Manusia MAHB.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Pihak kami telah merampas beberapa dokumen termasuk kad-kad kredit korporat yang dibekalkan kepada suspek bagi membantu siasatan.

“Selain itu, suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk permohonan reman,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes RasuahMAHBSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd