KUALA TERENGGANU – Pelumba Australia, Scott Sunderland daripada IsoWhey Sports SwissWellness Cycling Team memenangi peringkat pembukaan Le Tour de Langkawi melibatkan jarak sejauh 124.8 km dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu, hari ini.
Kemenangan ini menyaksikan Sunderland menyarung Jersi Biru sebagai Raja Pecut dan Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan.
Komisar Perlumbaan juga menganugerahkan catatan masa yang sama, dua jam, 54 minit dan 45 saat selepas lapan pelumba teratas melepasi garisan penamat dalam kelompok.
Pelumba Malaysia, Nur Amirul Fakhruddin Mazuki daripada Terengganu Cycling Team mendapat jersi polka dot sebagai Raja Bukit. – BERNAMA