• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Akan Sampaikan Ucaptama Pada Forum IBRAF

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini untuk menghadiri Forum Pihak Berkuasa Kawal Selia Penyiaran Pertubuhan Kerjasama Islam (IBRAF) di Kota Bandung esok.

Beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan para pegawai kanan kedutaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, ialah salah seorang yang akan menyampaikan ucaptama pada forum tersebut bersama Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan serta Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara.

IBRAF ialah forum yang berusaha untuk memenuhi keperluan bagi kerjasama yang semakin meningkat di kalangan Pihak Berkuasa Kawal Selia Penyiaran negara-negara Islam di tengah-tengah era pendigitalan.

IBRAF ditubuhkan berikutan Deklarasi Bersama mesyuarat OIC 2011 dan antara objektif ialah untuk memupuk dialog dan kerjasama antara pihak berkuasa kawal selia penyiaran, untuk menyediakan forum bagi pertukaran maklumat, pandangan dan pengalaman mengenai topik bersama penyiaran.

IBRAF terbuka kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia penyiaran kebangsaan atau badan kerajaan yang mempunyai fungsi yang sama di negara-negara anggota OIC. – BERNAMA

Tags: IBRAF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd