• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kesan Suntikan Pada Mayat Kim Jong-nam

oleh
22/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan suntikan atau kecederaan pada tubuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Selain itu menurut laporan stesen tempatan Astro Awani, Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) juga masih belum menerima sebarang sampel DNA daripada waris mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata walaupun belum menerima sebarang sampel DNA, namun ujian forensik menyeluruh telah dilakukan.

“Mayat ini telah menjalani pemeriksaan bedah siasat yang lengkap termasuklah ujian Computer Tomography, bedah siasat luaran dan dalaman dan pemeriksaan forensik pergigian.

“Tiada sebarang kesan yang menunjukkan mangsa mati akibat serangan jantung,” katanya pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

Tambahnya, menerusi bedah siasat tersebut, tiada sebarang kesan luka pada anggota badan mangsa. Spesimen medikolegal telah diambil dan diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Hingga masa kini, kami (IPFN) masih belum menerima laporan makmal daripada Jabatan Kimia dan kami masih lagi menantikan laporan tersebut.

“Jabatan Kimia akan melihat daripada pelbagai aspek termasuk sama ada kematian tersebut berpunca daripada racun atau tidak,” katanya.

Jelasnya, analisa tersebut juga akan membantu mengesahkan identiti mangsa dan punca kematian. Tambah Noor Hisham, tiada bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat mangsa.

Pemeriksaan bedah siasat terhadap mayat Kim Jong-nam telah dijalankan bermula pukul 12.45 tengah hari, 15 Februari 2017 dan selesai pada 6.45 petang pada hari yang sama.

Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jong-nam sebelumi ni dilaporkan berada di Klia2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau, China apabila diserang dua wanita dengan mukanya ditekup dengan kain dipercayai mengandungi cecair beracun.

Tags: kes bunuhKim Jong-NamKKMKorea Utara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd